Thursday, 2 June 2016

Sakit Dalam Sendiri

Sakit Dalam Sendiri

Yang sama masih belalu
seiring gundahnya hati ini
sekejap saja aku yakin sudah pulih
tapi datang menghantui aku semula

jasadku satu disampingnya mungkin dua
adakala itu menguasai tubuh dan fikiranku
aku letih begini
kaki,mata,kepala,tangan kawasan sasaranya
seakan mahu aku menjerit
melepaskan kegelisahan, kegundahan dalam dada

Takku khabarkan pada siapapun
sakit ini aku pendam sendiri
berpura baik di depan lebih baik
kerna mereka tak mengerti malah dibebani

Tuhanku Ya Allah
bukan aku mahu merungut
aku sedar siapa diri ini
sering alpa dalam dosa
terlalu lemah dalam ujian

PadaMu ku mohon kesembuhan
Hanya Kamu punya kekuasaan
Aku melawaninya dengan kekuatan iman
Rahmati daku  kuat dalam dugaan
meskipun banyak sekali khilafku

Taubat yang tak sempurna 
Belum khusyuk ibadahnya
Kadang tak redha dalam ujian
Mudah terpedaya dengan bisikan

Tolong aku ya Allah
Ampuni aku ya Allah..