Misteri
Fikiran kosong yang menghantui
Tak kutemui apa tersembunyi
kepunyaan siapa
apa mahunya
bagaimana rupanya
kenapa aku pilihannya
Seringkali aku beserah pada yang Esa
namun tetap goyah dengan hasutannya
sukar aku membuang fikran tentangnya
kerana ada dendam yang tak terlupa
ada sakit yang tak diduga
misteri dalam pergeluatan fikiran
Apa mahunya
Perpisahan
Penyatuan
Pembalasan
Pembelaan
Kekuatan
Sumpahan
atau
Kemusnahan
Kumahu diriku adalah aku
berdiri tanpa fikiran yang mengganggu
tubuh tanpa penumpang
bebas berbahagia
tenang dalam kemaafan
lupa dengan kesesalan
Mengapa tiada ketenangan
mengapa kuterluka
perit mendekati sesiapa
kini
bukan cinta yang aku harapkan
tapi bahagia dalam sendiri
melupakan semua yang tidak beerti..
Tuhan
beri aku kekuatan untuk melupakan.