Dalam hidup paling bahagia bagi kita adalah memperoleh kejayaan. Kejayaan yang hendak dicapai mungkin kecil mahupun besar haruslah disyukuri.Paling bermakna dalam hidup ini adalah kita ubah apa yang tidak baik dalam diri sendiri. Perbaiki hari demi hari maka kita akan rasa bahagia dengan kejayaan yang kita buat.Misalnya kejayaan untuk belajar memasak, bangun solat tahajud,laksanakan dhuha, tak cepat marah, pakai pakaian menutup aurat, sembahyang awal waktu, zikir 300 kali sehari, dan banyak lagi.Tapi untuk memperoleh kejayaan itu perlulah berusaha dan beristiqamah melaksanakanya.Apa yang saya nak sentuh ini adalah kejayaan dalam menunaikan syariat islam. Apabia kita patuh perintah Allah kita akan dapat kejayaan dunia dan akhirat.Islam adalah agama yang begitu indah sekali..Ajarannya meliputi jasmani dan rohani. Islam mengajar perbaiki apa yang wujud dari dalam diri.Mencegahkan mungkar dan melakukan kebaikan.iaitu sentiasa meninggalkan larangan Allah dan melakukan perkra yang membolehkan kita dapat pahala sebagai bekalan kehidupan selepas mati. Setiap kali buat dosa akan wujud titik hitam dalam hati kita. Makin banyak buat dosa makin gelap hati kita.Takut kita menjadi orang yang dimurkai Allah hinggakan Dia tidaklagi beri petunjuk untuk kita berubah dan membiarkan kita dalam kesesatan.MashaAllah.
Bagaimana Mahu berubah :-
1.Mulakan dengan niat
Berdoa pada Allah setiap hari selepas solat bermohon untuk menjadi insan yang soleh atau solehah. Serta berniat ikhlas berubah memperbaiki diri kerana Allah dan memperoleh ketenangan hati."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar-Ra'd : 11
2.. Lakukan sekarang juga!
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal maka apabila telah datang ajalnya,
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
(pun) mempercepatkannya." Al-A'raf : 39
3.Bergaullah bersama insan yang Soleh
Hanya dengan memilih sahabat yang soleh dan baik dapat memberi anda
semangat dan aura positif yang menambahkan keyakinan dan sebagai
pendorong.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama
penjual minyak wangi, jika kita tidak membeli darinya tetap kita akan
menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama
tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai
bahang panas dan bau busuk darinya."
No comments:
Post a Comment