Wednesday, 18 November 2015

Taubat


* Taubat *

Terlalu lama hidup dalam kejahilan
tak tersedar apa kesalahan..
dicari apa itu ketenangan..
hingga sanggup melanggar laranganNya.

Liku hidup ada baik ada buruknya
bila diri penuh dosa
kau bertemu sijahat setanding dirimu
Dikala diri dekat dengan Pencipta
Teman mukmin hadiah buatmu..

Tiada siapa dapat melawan kifarah..
ada balasan berbuat jahat..
ada pahala berbuat kebaikan..
semuanya tidak terlepas dari diuji..
baik buruk sesuatu ..
carilah hikmah tersembunyi
kembali pada Nya..
memohon keampunan padaNya.

Carilah jalan yang benar..
seperti doa dalam solatmu..
hanya kebenaran itu
membimbing hati dari berpenyakit..
hanya zikir ubat mencuci hati..
hanya Allah Maha penerima taubat..

Hapuskan jalan kegelapan..
suluhkan jalan benderang.
pulih jasad dan rohanimu..
sesungguhnya kezaliman itu datang darimu..
satu hikmah besar dari kesalahan..

Allah membuka jalan kembali
mencari ketenangan
walau diri penuh dosa dan noda..
hinanya aku didepanMu..
hinanya aku padaMu..

Tiadaku rasa mahu berpaling padaMu..
bila kebenaran merahmatiku..
tiada ketenangan diriku bila jauh dariMu..

Tuhanku..
tempatkanku di syurgaMu..
sesungguhnya
ku tidak mahu kehilanganmu lagi..

writen by A.A

No comments:

Post a Comment