SIHIR PENGASIH
Perlaksanaannya dapat dilakukan oleh bomoh ataupun pengamal ilmu pengasih yang berasaskan mantera mantera atau kaedah kaedah tertentu yang tidak menggunakan strategi psikologi bagi memikat. Cara yang dilakukan oleh bomoh bomoh sama seperti pengamal ilmu sihir yang lain,iaitu dengan memuja bahan bahan yang ditetapkan,menyeru jin jin supaya menganiaya mangsa tanpa disedari olehnya. Bahan bahan yang digunakan adalah minyak dagu atau minyak senyonyong.
Pengamal ilmu pengasih pula membaca mantera lalu merenung muka mangsa yang menjadi sasarannya atau mantera di baca lalu dihembus kepada mangsa.Cara lain yang biasa diguna pakai adalah melalui penggunaan mintak wangi yang dicalit kepada mangsa atau penggunaan bedak yang dipakai pada muka.Ada juga pengamal yang menggunakan hembusan dan tarikan nafas sambil membaca mentera dan membayangkan dalam minda wajah individu yang menjadi sasarannya.
Selain tanda tanda umum yang sudah dijelaskan,terdapat juga tanda tanda spesifik bagi mengenali sihir jenis ini.
#Mangsa mengalami rasa asyik bercinta dan selalu teringat kepada orang yang menyihirnya walaupun mangsa belum betul betul mengenali orang yang beliau cintai itu.Mangsa berasa seolah olah terpukau dan tidak rasional dalm berfikir.Penglibatan jin jin menimbulan daya khayalan yang kuat kepada mangsa,sehinggakan sukar untuk mereka ,melepaskan diri daripada cengkaman sihir cinta itu.
#Mangsa menurut sahaja apa yang disuruh oleh penyihir tanpa banyak soal,sepertii memberi wang dan membelikan hadiah yang mahal mahal sehingga kepada tahap sanggup mengorbankan maruah diri.
#Mangsa tidak peduli lagi kepada pendapat ahli keluarga dan sanggup lari dengan pasangan yang menyihirnya itu.Pasangan yang berkahwin pula,mangsa berasa benci kepada pasangannya yang sah tanpa sebab yang munasabah.
#Mangsa biasanya tidak ingat sepenuhnya perbuatan yang sudah dilakukan semasa bercinta dan sekiranya dapat mengingatinya semula,mangsa berasa menyesal serta terasa bodoh.Mereka mengadu,mereka tidak mampu mengawal diri kerana dirinya seolah olah dipukau.
#Mangsa dibisikkan dengan bisikan jahat supaya melakukan zina dengan pasangan yang menyihirnya.Kehendak seksual seperti ini tidak dapat dikawal oleh mangsa.
Tanda-tanda ketika rawatan =
Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak dirinya sendiri.Melalui proses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun lambat sembuh dan memerlukan rawatan berulang kali.Pesakit berasa sakit perut apabila dibacakan ruqyah padanya atau diberikan kepadanya minuman berruqyah.Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda gangguan jin, syaitan dan saka.Kebanyakan pesakit sihir berasa sempit di dada pada waktu-waktu tertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.
Justeru, sejauh mana kekafiran tukang sihir, sejauh itulah ketaatan
syaitan terhadapnya dan semakin cepat melaksanakan suruhannya. Sekiranya
tukang sihir tidak mahu melakukan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh
syaitan maka syaitan juga tidak bersedia menjadi khadamnya.
Kesimpulannya ialah tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang
bekerjasama dalam bermaksiat kepada Allah s.w.t. jika kita perhatikan
wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran yang meliputi
wajahnya sepeti mendung hitam.
Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka
anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa di dalam sengsara. dia tidak
pernah hidup tenang dan damai bersama isteri, anak-anak atau dirinya
sendiri. dia tidak boleh tidur dengan tenang dan sentiasa cemas dalam
tidurnya. bukan terhad kepada dirinya tetapi syaitan-syaitan itu sering
menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertelingkahan di
kalangan mereka.
Kaum
perempuan terdedah kepada sihir ini tanpa mengenal usia mereka.Lebih
afdal sekiranya semua orang islam terutamanya perempuan membaca doa doa
yang diamalkan nabi Muhammad,iaitu dengan membaca ayat Kursi dan
berserah kepada Allah demi mendapatkan perlindungan daripada segala
bahaya seperti sihir ini. Sekiranya terdapat tanda-tanda tersebut segeralah berubat dengan ustaz serta mendapat rawatan medikal sekiranya wujud trauma.
No comments:
Post a Comment